Friday, March 23, 2007
Thursday, March 15, 2007
Camar Yang Pulang

Layari hidup sendirian...
Kembali ku mencari fajar suci
Mengisi sepi hati ini...
Seperti camar pulang kepangkuan
Merindu kedamaian dulu
Begitu harapanku terhadapmu
Semoga kasih belum layu...
Di hati ini sering melagukan rindu..
Senyum tangismu dimataku...
Andai waktu bisa menemukan semula
Akan ku bina kasih dulu bersamamu
Siapa yang menduga segalanya
Suratan takdir Maha Esa
Sepintas ku temui senyumanmu
Memberi daku sinar baru..
Ciptaan: Adnan Abu Hassan
Lirik: Amran Omar
Penyanyi: Aishah
(c) 1990 Sony Music Entertainment Sdn Bhd
Apapun yang aku nak komen dalam bingkisan ini adalah versi Aishah iaitu yang aslinya dalam versi pop komersialnya!Pertama sekali muziknya... intro lagu ini dimulakan dengan petikan piano (programming dari keyboard) yang cukup sinonim dengan lagu-lagu ciptaan Adnan. Rangkap pertama memang mendayu. Melodinya disusun cukup indah. Suara Aishah pula sesuai dengan lagu ini. Waktu aku mula-mula dengar lagu ini, fikiran aku terus melayang mengenangkan memori indah ketika bersama-sama dengan arwah Diana ketika Langkawi. Indah waktu itu. Kami baru berusia lima belas tahun dan pergi bersama-sama 10 orang lagi pelajar lain semata-mata mahu melihat keindahan pulau legenda itu. Entah mengapa melodi dan muziknya sering membuatkan aku terbayang keindahan pantai dan kehijauan bumi ciptaan Allah. Sungguh! hingga kini kalau aku mendengar lagu ini secara langsung ingatan di benak fikiran terus mengingatkan aku pada pantai!Mungkin ianya membayangkan rangkap kedua... "seperti camar pulang ke pangkuan!" yalah.. mana ada camar selain kat pantai ye tak?
Padaku lirik rangkap keduanya membayangkan kehadiran semula seseorang pada kekasih ataupun bekas kekasih ataupun mungkin juga pada keluarga! Mungkin selepas beberapa lama di rantauan (seperti yang dibayangkan pada rangkap pertama) kerinduan pada kemesraan dulu membuatkan kita ingin mengulangi kembali semua yang telah kita lalui. Begitu juga pada aku... rindu pada kenangan lalu. Kenangan zaman persekolahan, di kolej dan juga awal remaja. Memang indah saat itu tanpa perlu memikirkan sangat kepayahan dan jerih perit pada kehidupan sekarang.Apapun aku teringat pada Lanz bila terus mendengar korus lagu ini. "Di hati ini sering melagukan rindu.. senyum tangismu di mataku..." memang melukakan hati bila seseorang yang kita sayang ataupun rindu sebenarnya sudah jauh pergi. Samada sudah melupakan kita ataupun sudah ke alam baqa. Itu memang kita tidak dapat lari dari hakikat itu. Biasanya cinta aku luput kalau ianya berakhir dengan kekecewaan dan kemarahan. Selalunya yang marah itu akan pergi tinggalkan mereka yang kecewa.
Di rangkap korus ini liriknya seolah kecewa dengan apa yang berlaku. Kekecewaan itu yang membuatkan nya sering mengingati kenangan indah yang dulu. Suara Aishah pula lantang membuatkan melodi begitu 'melekat'. Liriknya berikutnya juga membayangkan yang dia mahu menyambung kembali ikatan lama andainya diberikan peluang kedua. Ia bukan saja dapat dibayangkan pada pasangan kekasih tetapi juga pada ibu bapa yang sudah lama ditinggalkan. Mungkin sebelum ini dek kesalahan yang dilakukan, dia membawa diri jauh dirantauan.Sekali lagi rangkap akhir memberitahu harapannya itu membuahkan hasil lantas dia bersyukur dengan seolah tidak menduga suratan yang telah ditetapkanNya. Dengan senyuman yang terukir dihati insan tersayang yang pernah ditinggalkannya memberikan ia satu sinar bahawa segala harapan bukan lagi impian. Ianya sudah menjadi kenyataan.
Muzik 'bridge' nya digubah hebat dengan tiupan saksafon yang menarik. Juga suara latar yang membuatkan garapan muzik lagu ini memang bagus. Lagipun ketika lagu ini dihasilkan tahun 1990 kebanyakan muzik lagu ketika itu masih dipengaruhi muzik 80an. Namun susunan muzik lagu ini sudah membayangkan 'era' baru tahun 90an. Apapun ending lagu ini juga begitu menyentuh hati kerana kesyahduan suara latarnya.
Syabas buat Adnan, Amran dan Aishah. Gabungan 3A memang membuahkan hasil. Cuma lagu ini sedikit terpinggir dek penangan lagu "Janji Manismu" yang menjadi single paling meletup dalam album 'Aishah' ini. Aku pasti kalau tiada lagu 'Janji Manismu' lagu ini juga layak digelar lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu 1990.Akhirkata selepas lagu hebat ini kehebatan Aishah diteruskan dengan lagu-lagu seperti Kasih Kita, Cinta Beralih Arah, Merenung Bulan, Selanjur Bercinta, Antara Cinta Dan Kasih, Melukut Di Tepi Gantang dan yang terbaru Kurnia dan Semuanya Keranamu.
Wednesday, March 14, 2007
'Kurnia' Aishah.. Satu Kurniaan Buat Semua Peminat

Setelah 8 tahun tidak mempunyai sebarang album baru kecuali 'Sehati Sejiwa' (album kompilasi bersama artis-artis seperti Faris Zailani dan Rina Hayrina terbitan Adnan Abu Hassan, kini Aishah penyanyi bersuara gemersik lagu lunak muncul dengan 'buah tangan' terbaru 'Kurnia'. Sememangnya ianya satu 'Kurniaan' buat semua peminat setia Aishah sepertiku. Puas hati! itu saja ungkapan yang dapat aku simpulkan selepas seminggu menghayati semua lagu dalam album ini. Walaupun pada hakikatnya hanya empat lagu baru tetapi aku puas hati dengan tiga lagu 'cover version' yang dinyanyikan semula oleh penyanyi yang pernah memenangi anugerah Artis Paling Popular tahun 1990 ini.
Lagu-lagu yang terkandung dalam album terbitan Adnan Abu Hassan ini berjumlah sepuluh lagu termasuk 3 lagu yang diambil semula dari album 'Sehati Sejiwa' iaitu 'Melukut Di Tepi Gantang', 'Tiada Lagi Tangisan' dan 'Harapan'. Pun begitu bagi mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan ataupun mungkin tidak langsung mengetahui wujudnya album tersebut ianya merupakan satu 'bonus' buat anda. Selepas 'meletup' nya single 'Tiada Lagi Tangisan' dan 'Melukut Di Tepi Gantang' album ini setidak-tidaknya akan memberikan 'harapan' buat lagu 'Berikan Harapan' yang mungkin 'tertinggal' untuk dipromosi sepenuhnya selepas ini.
Trek pertama album ini semestinya dimulai dengan lagu 'Kurnia' hasil ciptaan dan lirik Adam Ahmad yang sebelum ini membantu Aishah untuk popular dengan lagu 'Janji Manismu', 'Ayah' dan juga 'Rintihan Anak Seni'. Lagu ini mempunyai susunan muzik yang indah. Aku pasti susunan muzik hasil sentuhan Adnan sememangnya sinonim dengan lagu-lagu Aishah sebelum ni.. Iramanya sentimental dan mempunyai lirik berunsur ketuhanan dan kehidupan.
Lagu kedua 'Melukut di Tepi Gantang' rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Lagu hasil ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Aishah sendiri memang syahdu. Malah tentu ramai yang teringat lagu ini berkumandang hampir setiap hari di TV3 dalam slot Samarinda 'Seputeh Qaseh Ramadhan' sepanjang bulan puasa yang lalu. Memang bagus cerita tersebut. Ditambah pula dengan lagu syahdu nyanyian Aishah ini. Cuma sesekali aku teringatkan kata-kata Sham dulu bila teringat pada liriknya "Dulu pernah kau katakan sayang.. ingin mendengarku berlagu riang.. menawar duka laraku... lupakan saja derita yang berlalu." Hmm pada yang mengikuti tulisan ku mesti dah tahu apa kata-katanya...
Trek ketiga 'Kasihnya Balqis' sudah pun mendapat tempat di carta muzik KLFM ditempat keenam minggu lepas. Hasil ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Muhariz Yaakub memang menarik dengan susunan muzik ala 'world music' ini. Lagunya pun sedap cuma aku tak berapa 'gemar' dengan muziknya hasil programming sehingga drumnya mengingatkan aku pada lagu raya 'Satu Hari Di Hari Raya' nyanyian semula Krisya. Alangkah baiknya kalau digunakan semua instrumens seperti percussion, gendang dan tiupan seruling yang asli dan bukan hasil programming seperti yang selalu dilakukan Adnan. Walaupun tidak 'tipikal' Adnan namun ianya tetap 'kelakar'. Apapun kalau dipertandingkan bagi kategori Etnik Kreatif di Muzik-Muzik tahun depan InsyaAllah pasti tersenarai ke akhir memandangkan lagu ini mempunyai lirik mengisahkan cerita Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis. Apatah lagi ianya digarap baik oleh Mohariz.

Trek kelima ini adalah lagu paling aku suka. Pertama kali mendengarnya saja aku sudah mula menyukainya. Melodi indah dan lirik syahdu memang senang 'tangkap'. Muzik ala R&B pop ini mungkin seakan-akan lagu 'Ku Berserah' Amylea dan 'Cinta Seorang Teman' nyanyian Bob. Aku dapat rasakan kesinambungan dua lagu ini pada lagu ciptaan Adnan dan lirik oleh Faris Zailani ini. Kalaulah ada yang bakal melangsungkan perkahwinan dan baru saja menemui cinta baru 'harus' diberikan lagu ini pada insan tersayang. Antara liriknya menyebut "Bagiku kaulah teman impianku... Tawamu bisa tenangkan duka yang menjerat hidupku dalam kenangan. Hanyalah dirimu dapat mengubati, memadam resahku yang bertamu' Hmm romantiknya! sesekali teringat pada 'W'.. senyumnya memang menawarkan dukaku!
'Haruskah Aku Menyuarakan?' persoalan dari lagu seterusnya ciptaan Rosli Selaseh dan lirik oleh Lew Mable. Memang best lagu ni. Garapan dan muzik susunan Sharon Paul ini membuatkan anda menggoyangkan kepala tatkala mendengar lagu ini. Irama dan muzik R&B rancak terselit sedikit elemen Jazz memang menarik. 'Catchy' kata orang putih! memang tidak mengecewakan. Paling menyerlah rap Aishah yang mengingatkan aku pada lagu 'Biarlah Kau Pergi' satu ketika dulu. Teringat pada lagu 'Untuk Apa' dari album 'Tiada Duka Untuk Apa' yang juga ciptaan Rosli Selaseh. Memang lain dari yang lain. Tahniah buat Rosli kerana tidak menghasilkan sesuatu yang tipikal!
Track kelapan 'Songkok Mereng',

Trek seterusnya juga adalah 'cover version' dari nyanyian asal Allahyarhamah Datin Rafeah Buang berjudul 'Daun Daun Berguguran'. Aku tak pernah dengar versi asal Allahyarhamah tetapi lagu berentak asli keroncong ini memang menarik. Sama seperti Siti Nurhaliza, berikanlah lagu apa saja pada Aishah, ianya akan jadi menarik. Lagu ciptaan dan lirik oleh pasangan Allahyarhamah dan suaminya Tengku Asmawi sememangnya meruntun kalbu. Lirik syahdu dan sedih namun sesekali airmataku bergenang mengenangkan nasib yang dirundung malang. Apapun sudah menjadi adat, hidup bagai roda sekali di atas, sekali di bawah. Itulah yang mendewasakan kita selalu.
Apapun secara keseluruhan album ini memuaskan. Walaupun bukan seratus peratus namun dari lima bintang aku berikan empat bintang setengah. Yang membuatkan ianya 'kureng' adalah susunan muzik yang agak tipikal dan 'programming' oleh Adnan yang agak ketinggalan zaman dan 'kelakar'. Aishah sepatutnya meneruskan kesinambungan album-album nya yang lepas dengan mendapatkan sedikit sentuhan terbaru dan 'advance' seperti yang dilakukan pada album 'Tiada Duka Untuk Apa'. Mungkin ada antara peminat yang tidak boleh menerima tetapi janganlah terlalu 'advance' tetapi cuma sedikit. Jadi buat semua peminat Aishah terutama Nuar, AD, Fiz dan Faizal harus korang dapatkan album ni... tak rugi! Vokal Aishah masih seperti dulu. Aku berani katakan selain Siti Nurhaliza, Aishah saja yang memiliki vokal yang 'perfect'. Kita tengok AIM 2007. Semoga album ini sempat dicalonkan pada AIM tahun depan. Kalau tak silap aku hanya album-album yang diedarkan bermula 1 Disember 2005 hingga 30 November 2006 layak dicalonkan untuk AIM tahun depan. Memandangkan album ini diedarkan pada tarikh 30 November 2006 rasanya Sony BMG harus melakukan sesuatu agar album ini dapat bertanding bersama-sama album 'Transkripsi' Siti Nurhaliza. Teringin nak tengok siapa lebih hebat antara Aishah dan Siti Nurhaliza.
Akhirkata 'Selamatkanlah Industri Muzik Malaysia'. Belilah yang original.